October 28, 2010

INI ENTRI EMO..jangan baca kalu takleh terima kenyataan ni..

Pernah tak terfikir, apa akan jadi bila aku atau kau dah mula kenal cinta?

Rasa-rasanya, masa tu, aku masih lagi sayang kat kau ke tak??

Rasa-rasanya, masa tuh, nombor aku masih kekal jadi 8Pax kau lagi ke tak? Tu pon kalau kau dan aku masih guna prepaid lah kan...

dan rasa-rasanya, masa tuh, akan ingat lagi ke kita memori-memori ala-ala daun pisang kita, sepanjang kita kenal??

dan agak-agak kau la kan...masa tuh, kalau kita jumpa pon, mesti dah tak banyak benda kita nak sembangkan kan? ye la..kau dah punya teman gosip kau, aku pun dah punya teman luahan perasaan aku. setakat nak update cerita-cerita rutin harian..rasanya tak perlu lagi kot masa tuh.. ye la..orang bizi berchinta lah katakan...

Tapi, aku selalu berdoa, mintak dijauhkan dari chinta yang begitu... aku tak mahu chinta yang begitu... kerana aku tau chinta yang begitu,, mengjengkelkan bagi mereka yang menjadi pemerhati sepi...cukup pantas untuk mengeluarkan segala isi perut mereka-mereka yang ada disisi.... cukuplah sekadar chinta yang biasa biasa...cukuplah sekadar chinta yang boleh membahagiakan mereka-mereka yang sudah sedia ada berdampingan disisi aku...i mean, you dont have to show that you really love her. tak perlulah sampai kat facebook tu, penuh dengan post " oo,baby,, mish u..", "hi sweety, guest what??semalam i mimpi u" and paling tak leh memblahkan diri, "thanks b, blanje honey makan and shopping"...that 'b' and 'honey'..memang betul-betul men'sampah'kan perasaan orang yang ada disisi kite... cukuplah sekadar, i know you love me and i love you too..you dont have to menguar-uarkan benda tu...ok??

tak perlu juga sebarang hadiah yang mahal-mahal, sehinggakan terpakai duit untuk bayar keretabulan ni... cukup saja dgn bunga yang diambil dari pokok bunga kat tengah divider masa tunggu trafic light nak bertukar jadi hijau...tak perlulah bersusah payah for candle light dinner tapi lepas je dinner yang indah tuh..makanan kamu tiap2 malam hanyalah maggi 2 minit... cukuplah dengan hantar message " Good night, sleep tight" ..sungguh, aku tak pernah suka lelaki-lelaki cheesy yang kadang-kadang cara berfikirnya agak keterlaluan... tak mungkin bagi manusia biasa nak renang lautan api kan?? takkan sempatnya kau nak berenang, semua daging kau da masak..daging salai bos??takkan tercapai impian kamu-kamu nak gapai bintang di langit macam dalam lagu exist tuh.. takkan berjaya kamu-kamu nak undurkan putaran dunia tuh macam dalam lagu AXL tuh..aci kerat jari kucing la kalau kamu-kamu berjaya...tak perlu berjanji bagai, kalau kamu tahu kudrat kamu takkan termampu..

aku sangat kecewa bilamana ada yang terkinja-kinja ingin menunjukkan kecintaan mereka terhadap buah hati sendiri, tapi hati mereka-mereka yang sudah sedia disisi dibiar sepi...lagi-lagi kalau hati seorang ibu yang dilukai...dont you think that, she's your ibu!! yet you spent just a tiny attention and love towards her, who give a full attention adn love to you when you are a baby... you never knew how much its hurt... dude, dont take things for granted, or you will end up regretting this and that... you dont know how much u love them, but after they're gone...

yeah bro..kau takkan pernah tahu perasaan tu....sebab asyik kau je yang pegang watak hero... kau tak pernah jadi watak sampingan...apa-apa pun jadi..kau tetap hero dihati mereka...hero yang baik...hero yang caring..hero yang setia...hero yang terus-terang... kepada heroin-heroin yang pernah jadi heroin dalam hidup kau...aku merasa amat sedih bagi pihak heroin-heroin...anda dah kena tipu hidup-hidup...takkan pernah ada masa lelaki-lelaki not cheating on you when they want to break up... its not about kekangan masa, kerja atau life yang upside down... its just them, who cant really think about others... or maybe trying to be kind by being a little bit nasty...

doa aku...janganlah aku ditemukan lagi dengan makhluk2 begini... cukuplah dengan mana yang aku pernah jumpe secara tak tersengaja... aku dah muak dengan perangai manusia begitu... cukuplah... dah tak lalu nak layan perangai mereka yang begitu... aku tau...mesti ada yang akan berkata, "ala, cakap je la kau jeles..kau takde pakwe... takde orang yang sayang kau ketat-ketat...jeles la tuh.." hahahahha... kau pernah makan selipar jepon masak tomato??? takkan pernah ada masa aku jeles dengan orang yang begitu... aku hanya jeles bila tengok laki-bini yang caring to each other eventhough mereka da tua...yup..aku sangat-sangat admire uncle and auntie yang aku jumpa kat shopping mall yang masih holding hands in loving way walaupun usia mereka da masuk tahap jubli mas... setakat baru berchinta 2-3 tahun tu..tak perlulah korang semua nak belagak....

owh..aku teremo lagi...

da janji tak nak emo-emo dalam blog nih...

tapi apa kan daya inche blog...

anda la tempat saya meluahkan perasaan tak puas hati...

terhadap mereka-mereka yang dekat dengan saya...

sebab mereka-mereka ini selalu kurang prihatin terhadap orang sekeliling...

bagi mereka.."Neon tak kesah...dia memang takde hal..senang kirre mudoh basse..suruh je..ye mesti wak..."

WAKLUUHH~!!

2 comments: